Thursday, January 28, 2016

Tips Di Dapur.. Khas Buat Surirumah

No comments    
categories: 

Korang masih ingat tak? Nenek dulu - dulu selalu bagi kita pelbagai petua dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah diperolehi dari dapur. Orang dulu – dulu takde la guna bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kan. Sebab tu la dorang nie sihat – sihat belaka.

Haa….kali nie hakak nak kongsi tips macamana nak jaga bahan makanan kita bagi sentiasa fresh dan gunakannya sebagai alternatif. Ibu – ibu mesti suka kan!! Hehehehe…


simpan dalam ziplock @ aluminium tau


 DAUN SADERI BAIK UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI
Tidak dinafikan daun saderi sangat bagus untuk anda yang mempunyai penyakit darah tinggi. Tetapi bagaimana pula nak mengekalkan kesegarannya?? Yela kan.. bila dah simpan lama – lama mesti akan jadi layu.hilang lah khasiatnya. Mudah je..balut ia dengan kertas aluminium dahulu sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. Anda akan dapati daunnya takkan layu atau berubah warna menjadi kuning.

MENGHALAU SEMUT DARIPADA MENGHURUNG GULA
Walaupun anda sudah menyimpan gula dalam baling yang ditutup ketat, masih jugak terdapat semut yang datang menghurung secara beramai- ramai. Hakak pasti sangat anda tak suka dengan keadaan sebegini kan? Untuk mengelakkan semut memakan gula anda, bubuh dua atau tiga kuntum bunga cengkih ke dalam balang gula. Tak semena-mena semut akan menjauhkan diri daripada gula anda. Best kan..cuba lah.

MERANUMKAN MANGGA EPAL
Hakak pasti ramai di luar sana yang gemar makan mangga epal. Sekiranya anda membelikan atau petik kat halaman masing-masing dalam keadaan belum masak ranum, balutlah ia dengan kertas surat khabar selama dua tiga hari dalam suhu bilik. Selepas tempoh tersebut, keluarkan mangga epal dari tempat persembunyiannya. Nah! Silalah makan..hehe

MENGUPAS KENTANG DENGAN MUDAH
Jika anda nak kupas ubi kentang dengan pantas, rebus terlebih dahulu kentang tue selama lima minit. Kemudian sejukkan dulu kentang tue. Setelah sejuk barulah dikupas kulitnya. Anda akan dapati kentang lebih mudah dikupas dan lebih cantik permukaan isinya.

KULIT KAYU MANIS PELEGA SELSEMA
Selain dijadikan bahan masakan, kulit kayu manis boleh juga dijadikan ubat melegakan selsema malah ia mampu melancarkan mengaliran darah. Caranya mudah je, kunyah kulit kayu manis dengan perlahan-lahan. Ulang selama beberapa hari, anda akan dapati hingus akan mulai mengering. Tak perlu lagi telan ubat selsema yang boleh buat anda rasa mengantuk.
            Selain itu, jika anda mengalami masalah lenguh-lenguh badan. Terutamanya di bahagian tangan, pinggang, tangan atau lutut. Rebus kulit kayu manis bersama halia. Setelah direbus beberapa ketika, tutup api dan biarkan ia menjadi suam dengan sendirinya. Minum  air rebusan itu dan dalam beberapa hari, lenguh-lenguh badan yang anda alami akan beransur pulih.

setakat inilah saja sharing hakak...kalu panjang-panjang nanti meleret pulak kan...hehe. haa...lupa satu lagi, hakak nak mintak jasa baik korang doakan majlis kenduri belah suami hakak cuti raya cina ni berjalan lancar yee..TQ


Siti kauthar binti Mohamad :  Independent Distributor
ID Number :  1186983
COD Area :  Subang
Contact Number : calling/message 01126024678 @ watsapp only 0145154928
Postage ke seluruh Malaysia


Untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi AHLI SHAKLEE..boleh terus contact hakak kat nombor yang tertera

Tuesday, January 26, 2016

Kelebihan Set Kesuburan Shaklee

No comments    
categories: 

Assalamualaikum
Kalu korang ingat lagi.. entry kausar sebelum ni, kausar ada bagi tips untuk meningkatkan kesuburan cara tradisional kan! Kali ni teruja sangat kausar nak kongsi kebaikan set kesuburan Shaklee pulak..

Kausar faham sangat zaman yang serba serbi nak cepat ni kita kekadang tak sempat nak pikirkan tentang pemakanan kita seharian. Apatah lagi kekadang apa yang kita makan dah hilang zat disebabkan masak terlalu lama, penggunaan racun perosak dalam penanaman sayur dan buah-buahan and so on...

So nak tak nak, kita memang wajibunnah amalkan suplemen seharian. tapi awassss !! hanya yang organik tau. Say No to Sintetic product..
Set Kesuburan Shaklee

KEBAIKAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Vitamin E : meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Zinc Complex : memperbaiki masalah prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%. Serta dapat meningkatkan kemampuan seks lelaki dan keupayaan seks yang bertenaga.

B-complex : menukar makanan kepada tenaga dengan mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan, melawan tekanan dengan memastikan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia.

Alfalfa : ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

GLA : membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simpton PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Vitamin C : membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simpton flu dan selsema.

Energizing Soy Protien : Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan pembesaran prostat. Serta meningkatkan dorongan seksual dan rangsangan.

Vitalea : menyediakan asas nutrisi, memastikan sel badan hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

insyaAllah dengan usaha kita beserta doa yang bersungguh-sungguh nie..Allah akan mengabulkan permintaan kita.



Untuk sebarang pertanyaan jangan segan silu roger-roger kausar.



Siti kauthar binti Mohamad :  Independent Distributor
ID Number :  1186983
Contact Number :  01126024678
Postage ke seluruh Malaysia


Untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi AHLI SHAKLEE..boleh terus contact kausar kat nombor yang tertera

Monday, January 25, 2016

Tips Menambah Kesuburan Mengikut Cara Tradisional

No comments    
categories: 
Assalamualaikum my dear…
dah lama sangat rasanya hakak menyepikan diri kan. Tetiba je tersangatlah rindu nak berkongsi sesuatu dengan pembaca. Sharing is caring kan. Tak baik simpan sengsorang jer..hehe.

Kita sering dengar macam-macam tentang khasiat makanan dari mana-mana pakar @ orang tua-tua dulu. Nak tak nak..memang kena terima bahawasanya apa-apa makanan yang masuk dalam tubuh kita ni membentuk peribadi kita kan.. ye tak?? Betul kan..

haa.. nampak x apa yang hakak nak kongsi kali ni?? mestilah tentang faktor pemakanan yang memainkan peranan dalam menjamin kesuburan. kekadang kita tau sangat petua orang lama ni (orang tua-tua la kan) sangat-sangat la bagus untuk pasangan suami isteri yang sedang merancang mendapatkan cahaya mata tau. tapi macam biasa kita tak sempat nak petik daun ubat, nak blender dan sebagainya. jadi tips tradisional ni hanya tinggal kenangan jela kan..huhu. cuba kali ni kita try tips menambahkan kesuburan pulak (tradisional tau)..

kat bawah ni ada hakak kongsikan sedikit tips :

11)    Bayam :  bayam serta sayuran hijau berfungsi menambahkan keperluan asid folik dalam       badan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat.               Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi untuk     meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar kekal sihat.

22)    Avokado :  sebiji Avokado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga saraf, membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan kita.

33)    Madu :  madu merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.

44)    Asparagus :  sayuran ini mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.

55)    Tiram :  hidupan laut ini mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terdapat di dalam telur, biji-bijian dan kacang.

66)    Halia dan lengkuas :  sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejakusi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.

77)    Kurma :  kurma yang juga merupakan makanan sunnah baik untuk diamalkan. Ia boleh meningkatkan kesuburan anda.

88)    Bawang putih :  bawang ini mempunyai khasiat yang boleh meningkatkan kesuburan lelaki.

99)    Kubis, lobak merah, brokoli, kacang hijau dan keledek merah :  semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormone subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia juga kaya dengan selenium dang mampu meningkatkan hormon tertosteron.

110)  Betik, jambu batu, buah naga, tembikai dan buah limau nipis :  kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.



Inilah saja antara-antara petua tradisional yang hakak sempat kongsikan kat sini yer. Boleh ler pembaca amalkan petua yang baik lagi bermanfaat ni. USAHA TANGGA KEJAYAAN..hehe


Nantikan lagi perkongsian hakak kat sini yer..jumpa lagi di lain masa..InsyaAllah