Thursday, January 28, 2016

Tips Di Dapur.. Khas Buat Surirumah

No comments    
categories: 

Korang masih ingat tak? Nenek dulu - dulu selalu bagi kita pelbagai petua dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah diperolehi dari dapur. Orang dulu – dulu takde la guna bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kan. Sebab tu la dorang nie sihat – sihat belaka.

Haa….kali nie hakak nak kongsi tips macamana nak jaga bahan makanan kita bagi sentiasa fresh dan gunakannya sebagai alternatif. Ibu – ibu mesti suka kan!! Hehehehe…


simpan dalam ziplock @ aluminium tau


 DAUN SADERI BAIK UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI
Tidak dinafikan daun saderi sangat bagus untuk anda yang mempunyai penyakit darah tinggi. Tetapi bagaimana pula nak mengekalkan kesegarannya?? Yela kan.. bila dah simpan lama – lama mesti akan jadi layu.hilang lah khasiatnya. Mudah je..balut ia dengan kertas aluminium dahulu sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. Anda akan dapati daunnya takkan layu atau berubah warna menjadi kuning.

MENGHALAU SEMUT DARIPADA MENGHURUNG GULA
Walaupun anda sudah menyimpan gula dalam baling yang ditutup ketat, masih jugak terdapat semut yang datang menghurung secara beramai- ramai. Hakak pasti sangat anda tak suka dengan keadaan sebegini kan? Untuk mengelakkan semut memakan gula anda, bubuh dua atau tiga kuntum bunga cengkih ke dalam balang gula. Tak semena-mena semut akan menjauhkan diri daripada gula anda. Best kan..cuba lah.

MERANUMKAN MANGGA EPAL
Hakak pasti ramai di luar sana yang gemar makan mangga epal. Sekiranya anda membelikan atau petik kat halaman masing-masing dalam keadaan belum masak ranum, balutlah ia dengan kertas surat khabar selama dua tiga hari dalam suhu bilik. Selepas tempoh tersebut, keluarkan mangga epal dari tempat persembunyiannya. Nah! Silalah makan..hehe

MENGUPAS KENTANG DENGAN MUDAH
Jika anda nak kupas ubi kentang dengan pantas, rebus terlebih dahulu kentang tue selama lima minit. Kemudian sejukkan dulu kentang tue. Setelah sejuk barulah dikupas kulitnya. Anda akan dapati kentang lebih mudah dikupas dan lebih cantik permukaan isinya.

KULIT KAYU MANIS PELEGA SELSEMA
Selain dijadikan bahan masakan, kulit kayu manis boleh juga dijadikan ubat melegakan selsema malah ia mampu melancarkan mengaliran darah. Caranya mudah je, kunyah kulit kayu manis dengan perlahan-lahan. Ulang selama beberapa hari, anda akan dapati hingus akan mulai mengering. Tak perlu lagi telan ubat selsema yang boleh buat anda rasa mengantuk.
            Selain itu, jika anda mengalami masalah lenguh-lenguh badan. Terutamanya di bahagian tangan, pinggang, tangan atau lutut. Rebus kulit kayu manis bersama halia. Setelah direbus beberapa ketika, tutup api dan biarkan ia menjadi suam dengan sendirinya. Minum  air rebusan itu dan dalam beberapa hari, lenguh-lenguh badan yang anda alami akan beransur pulih.

setakat inilah saja sharing hakak...kalu panjang-panjang nanti meleret pulak kan...hehe. haa...lupa satu lagi, hakak nak mintak jasa baik korang doakan majlis kenduri belah suami hakak cuti raya cina ni berjalan lancar yee..TQ


Siti kauthar binti Mohamad :  Independent Distributor
ID Number :  1186983
COD Area :  Subang
Contact Number : calling/message 01126024678 @ watsapp only 0145154928
Postage ke seluruh Malaysia


Untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi AHLI SHAKLEE..boleh terus contact hakak kat nombor yang tertera

0 comments:

Post a Comment