Monday, January 25, 2016

Tips Menambah Kesuburan Mengikut Cara Tradisional

No comments    
categories: 
Assalamualaikum my dear…
dah lama sangat rasanya hakak menyepikan diri kan. Tetiba je tersangatlah rindu nak berkongsi sesuatu dengan pembaca. Sharing is caring kan. Tak baik simpan sengsorang jer..hehe.

Kita sering dengar macam-macam tentang khasiat makanan dari mana-mana pakar @ orang tua-tua dulu. Nak tak nak..memang kena terima bahawasanya apa-apa makanan yang masuk dalam tubuh kita ni membentuk peribadi kita kan.. ye tak?? Betul kan..

haa.. nampak x apa yang hakak nak kongsi kali ni?? mestilah tentang faktor pemakanan yang memainkan peranan dalam menjamin kesuburan. kekadang kita tau sangat petua orang lama ni (orang tua-tua la kan) sangat-sangat la bagus untuk pasangan suami isteri yang sedang merancang mendapatkan cahaya mata tau. tapi macam biasa kita tak sempat nak petik daun ubat, nak blender dan sebagainya. jadi tips tradisional ni hanya tinggal kenangan jela kan..huhu. cuba kali ni kita try tips menambahkan kesuburan pulak (tradisional tau)..

kat bawah ni ada hakak kongsikan sedikit tips :

11)    Bayam :  bayam serta sayuran hijau berfungsi menambahkan keperluan asid folik dalam       badan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat.               Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi untuk     meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar kekal sihat.

22)    Avokado :  sebiji Avokado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga saraf, membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan kita.

33)    Madu :  madu merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.

44)    Asparagus :  sayuran ini mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.

55)    Tiram :  hidupan laut ini mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terdapat di dalam telur, biji-bijian dan kacang.

66)    Halia dan lengkuas :  sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejakusi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.

77)    Kurma :  kurma yang juga merupakan makanan sunnah baik untuk diamalkan. Ia boleh meningkatkan kesuburan anda.

88)    Bawang putih :  bawang ini mempunyai khasiat yang boleh meningkatkan kesuburan lelaki.

99)    Kubis, lobak merah, brokoli, kacang hijau dan keledek merah :  semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormone subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia juga kaya dengan selenium dang mampu meningkatkan hormon tertosteron.

110)  Betik, jambu batu, buah naga, tembikai dan buah limau nipis :  kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.



Inilah saja antara-antara petua tradisional yang hakak sempat kongsikan kat sini yer. Boleh ler pembaca amalkan petua yang baik lagi bermanfaat ni. USAHA TANGGA KEJAYAAN..hehe


Nantikan lagi perkongsian hakak kat sini yer..jumpa lagi di lain masa..InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment