Friday, August 26, 2016

Kali pertama masuk wad : pengalaman di NICU

No comments    

Ingat lagi tak kausar penah cakap dekat entry lepas-lepas, cik kausar nak sharing pengalaman masa duk tertenggek di wad NICU selama lebih kurang sebulan.

Ini merupakan 1st time berada di wad. Lepas 3hari bersalin, kausar terus masuk wad NICU (wad untuk baby). Masa ni baby raudhah 1.46 lepas drop berat. Kemudian drop lagi sampai 1.3..haa masa ni mama dah nangis-nangis. Mana taknya bila nirse gtau kalau drop lagi mungkin kena letak dalam incubator. Doc masokkan tube susu..

Alhamdulillah lepas tu baru lah berat dia naik sikit-sikit. Dalam wad tu kami semua banyak berkongsi masalah. Dalam keadaan dan situasi yang sama, kami lebih memahami sesama sendiri. Dapatlah hilangkan kemurungan dan kerisauan huhu.

Aktiviti dalam wad berulang aktiviti yang tiap hari, rasa takde berubah. Kami dah rasa macam penjara. Lagipun wad ni tak menerima pelawat. Suami jela yang boleh masuk.

Pagi-pagi lagi sekitar jam 7 nurse akan masok timbang semua baby. Time ni mama² semua memang ketakutan. Teringat lagi debaran timbang baby, lepas timbang semua pakat saling tanya. Lepas tu ada yang stress ada yang senyum. Saat ni macam saat menunggu kemenangan dalam perlawanan olimpik..ehe.

Dalam waktu tengahari, tunggu kedatangan doc pakar yang akan round setiap baby. Kalau takde ape² masalah dan berat baby dah sampai piawaian, boleh la cawww.

Kami kat sini memang tido tak tentu, kadang berapa jam je sehari dapat lelap mata. Apatah lagi kalau baby yang kena menyusu sejam sekali. Allah memang azab. Apapun kami kena struggle untuk berat baby.

Ke hulu ke hilir je kami, ke pantry makan, p simpan stok susu, p basuh pam susu, p tandas 10kali sehari. Sampai masa ni memang kurus muka pom dah macam alien. Tak tahan bila sakit tuh masih terasa.

Kausar ingat lagi ada sorang ibu yang baru lepas 3hari czer, terus transfer ke wad NICU. anak dia kuning teruk. Kesian tengok dia terhenjut-henjut nak menyusu anak. Dengan sakit kat perut lagi. Teringat pulak dekat eden sendiri hahaha.

Alhamdulillah lepas nak menjangkau sebulan duk sana, barulah berat bb raudhah naik mencanak ke 1.7kg. Masa ni memang gembira sangat macam dapat award tau. Lepas setel urusan lebih kurang pukul 7pm cawwww terus.

Banyak sangat pengalaman duduk sini. Banyak yang mengajar kausar tentang kehidupan dan apa itu syukur. Kadang kita rasa kita ni dah susah, kita lah yang paling perit. Tapi rupanya ada lagi yang sangat berat ujiannya. Baby yang di sayangi kena masukkan dalam incubator berbulan-bulan, alami masalah kesihatan yang kritikal banyak lagi.

Tengok doc kat situ pom dah takde istilah penat. Dorang tengahmalam pom duk buat operate lagi dekat baby. Allah seram je bila tengok. Ramai sangat baby yang berselirat dengan wayar. Sampai terfikir, betapa tabahnya mak ayah dorang tunggu kesihatan anak pulih macam biasa.

Sedang baby raudhah hanya perlu tunggu berat dia naik je. Bukan ada masalah komplikasi lain pun. Bukan kena hadapi pembedahan anak. Ini pun aku dah siang malam ayaq mata salalu nak keluar. Tak boleh ada silap sikit, laju lah membasah pipi..huhu.

Alhamdulillah sampai sekarang baby raudhah membesar dengan sihat. Walaupun lahir kecik, dia tak penah ada masalah kesihatan sama ada sikit @ banyak. Alhamdulillah tak sia-sia kausar amalkan set hamil shaklee. Masa hamil, baby dah dapat nutrien penting yang lengkap. Ia memang banyak membantu anak membesar dengan sihat lepas sahaja bersalin.

Sape tak gembira anak takde sakit-sakit. Jangan lah tekezuk bila kausar cakap baby raudhah kuningnya kena tak sampai sehari. Kuning yang sangat normal lepas sehari di lahirkan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Sesiapa pom boleh create tumbesaran anak yang sihat, tapi kena salurkan nutrien lengkap masa dalam perut lagi.

Takdir tu memang la takdir.. tapi Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah.

So, sayangi lah anak anda sedari dalam perut lagi tau. Salurkan nutrien dengan vitamin semulajadi. Bukan yang sintetik tau. Sayyy noooo to sintetic yea.

Untuk dapatkan konsultasi percuma lebih detail mengenai set hamil, boleh lah menghubungi kausar di talian yang tertera.


Siti Kauthar Bt Mohamad
ID NO 1186983
FON NO 01126024678
C.O.D AREA sg buloh, subang, rawang, damansara (weekend only)
Postage ke seluruh malaysia termasuk brunei


Shaklee :   Selamat Suci & Semulajadi


0 comments:

Post a Comment