Thursday, August 25, 2016

Diari Cinta : Pengalaman Czer

No comments    

Kausar bersalin baby prematured 31weeks, kalau ingat balik malam tu rasa macam mimpi.sekejap sangat masa berlalu. Macam² jadi dalam 1 malam je, tanpa di rancang.

4 Mei 2016, Pukul 10 ++ malam

Kausar baru balik dari Shah Alam. Sebelum tu pagi-pagi lagi keluar rumah jelajah IKEA Damansara sampai ke petang, singgah rumah maksedara sampai malam.

Sampai aje kat rumah kausar tumpah darah. Masa ni memang kalut sebab air dengan darah keluar tak henti-henti sampai kena pakai pad. Teros ajak en suami ke hospital. Doc chek jalan, dah bukak 2cm. Masa ni bedebor, sakit idok ape pom idok dah bukak 2cm. Tambah2 bb kecik lagi kan.

Paling sakit di dunia bila kena cucuk matang paru-paru bb kat bontot. Aduyaiii mengalir teruih ayaq mata cheq tau. Of coz kena masok wad. Katanya sampai pukul 4ptg keesokkan harinya baru boleh balik.

5 Mei 2016, Lebih kurang pukul 12tghmlm

Dah stat dah cheq meraung. Sakit belakang memang tak terkata. Tambah lagi masa tu mengantuk sangat-sangat. Badan letih kan bejalan dari pagi lagi. Sakit sekejap-sekejap tu terus lelap mata. Terbangun lagi bila sakit. Sesi meraung ni sampai la pukul 2pg. Dah nampak muka cuak nurse yang jaga situ. Suara aku je yang memenuhi ruang muahaha.

Masa ni dah sakit tak berenti. Panggil doc check laluan, doc cakap bukaan dah 6cm. Marah kita pulak.. katanya jangan meneran lagi sebab kalau boleh kita takmau bersalin lagi. Takot komplikasi anak prematured. Aku pom iye kan..memang la betul. Tapi aku tak push langsung. Bb ni hah dah nak keluar dah.

Pukul 3pg

Doc datang chek lagi sebab aku ganggu dorang haha. Ok dah full bukaan. Kan cheq dah cakap bb ni haa yang nak keluar, bukan cheq yang meneran. (Dalam hati jela cakap) hehe.

Pukul 4pg lebih kurang

Dorang duk discuss pulak dalam labour room, aku tengah sakit-sakit nak bersalin. Dah kangkang dah pom. Tapi bila nampak bontot bb dulu yang nak keluar. Dorang on the spot buat kptsn czer (kena tunggu pakar datang dulu huaaaaa).

Aku ni dah cuak... masa ni rasa macam nak lari je. Takutttt nak kena bedah perot ni hah.

Okeh, sekarang dah tak tau pukul berapa dorang heret aku masok bilik bedah (Takdak jam). Sketsa dalam bilik bedah memang sampai mati pom takkan dapat lupa. Sakitnya bila dorang bangunkan aku untuk cucuk epidurak kat tulang belakang.

Masa ni kan memang dah sakit sangat nak bersalin. Tambah lagi sakit menahan dari meneran sedangkan bb dah push aku nak keluar dah. Masa sesi kena bedah tu, aku rasa perit sangat. Takleh nak describe dengan kata-kata. Dorang kemudian tambah lagi dos bius, barulah rasa lega sikit. Tahap menggelupur aku pom satu hal. Masa ni otak aku pikir nak cepat-cepat selesai. Demi adik dalam perut ku relakan, memang penyuntik semangat.

Pikir nak mati je masa ni. Duk mengucap, zikir, mengaji je masa ni. Tak henti-henti mulut terkumat kamit.
Alhamdulillah tepat pukul 6.05pagi bb gegirl 1.67kg menangis, ibunya pom lega sikit. Alhamdulillah sekali lagi bb sihat walafiat walaupun kecik.

You know what..

Kausar admit hospital selepas 3hari bersalin czer untuk menjaga my bambam. Lebih kurang sebulan di sana (agak-agak pantang elok tak kat sana?). Kemudian baru lah boleh keluar bersama anak tercinta dan berpantang sendiri tanpa jagaan orang dewasa.

Diringkaskan cerita, kausar hanya di temani SET BERPANTANG SHAKLEE sahaja. Alhamdulillah luka czer kausar cepat kering dan melekat cantik.

Paling suka bila nurse puji luka jahitan czer kausar melekat dengan cantik dan kering cepat. Takde langsung komplikasi lain. Sedangkan di wad, YAAA AMPUNNNN memang p mai p mai tunduk bangun. Sambung lagi kat rumah aktivitinya.

Ada satu hari, kawan satu wad tanya lps 2hri operate. ada komplikasi ke lps czer? Kenapa nampak macam teruk sangat. Ada ambik painkiller tak? Aduyaiii terpikir pulak kita, eh tak sakit ke korang kena belah perot. Eh tak takot jadi pe2 ke jalan lelaju tu..rasa nak tergelak masa tu.

Jangan tekezuk... kalau kausar cakap tak bergantung harap dengan painkiller.buang je painkiller yang di beri muahaha. Sebab tu la orang tengok cik kausar pelik jalan terkedek-kedek, tertunduk-tunduk macam peguin. Orang lain ambik haaa 2hari bersalin jalan laju mak aiii. Takut cheq tengok tau. Hahaha

Inilah menjadikan kausar melampau-lampau jatuh cinta dengan set hamil dan pantang shaklee. Ini tak citer bab baby lagi.. memang puas hati hasilnya haa.

Oleh itu, jadilah tanggungjawab kausar menyampaikan apa yang baik pada orang ramai. kausar tau sangat memang ramai yang menghantui dorang betapa sakit, takut dan bimbangnya menjaga jahitan czer.

You must think for your healthy. Kesihatan tu lebih penting dari emas permata perak wang ringgit dan segala-galanya. Dalaman dan luaran. Bak kata orang tua, tubuh kita ni nak pakai lama bukan sehari dua aje.

Paham-paham jela yea.

Tak lupa tq my syuben yang banyak support sepanjang ujian tersebut.

Nak tau lebih lanjut cabaran dalam wad NICU pulak.. stay tuned. Nanti kausar share pengalaman kat sana. Moga boleh jadi inspirasi untuk kaum ibu yang menghadapi situasi yang lebih kurang sama.


Siti Kauthar Bt Mohamad
ID NO 1186983
C.O.D area sg buloh, subang (weekend sahaja)
Postage seluruh malaysia

Dapatkan juga konsultasi percuma dari kausar yea.


0 comments:

Post a Comment