Saturday, August 20, 2016

Pengorbanan mama bertaruh nyawa untukmu Sayang

No comments    
categories: 
Dulu mama cuma tengok video viral je pasal ni.. mama tak pernah terfikir akan menyambut kamu seawal ini dan seperit ini.

Bila fikirkan kembali tentang epidural ni rasa terbayang - bayang ngilunya sakit di kawasan tulang belakang sehingga ke pinggul. Dulu masa anak dara hanya baca dan dengar sahaja tentang ni. Sekarang bila merasai dan alami sendiri baru lah tau the power of cucukan epidural.

Selalu dengar orang cakap bersalin czer ni tak sakit, tak macam bersalin normal sakit kena meneran. You know what, sebenarnya orang yang cakap - cakap ni bukan dia sendiri yang alami. Tapi saja je nak buat topik berbual gempak.

Eh, sekarang ni nak cerita pasal epidural saja lah uols. Czer di entry yang lain eh. Nanti panjang bebeno la pulak entry cik kausar ni. Kita buat padat - padat camni je ye.

(Korang nak tau kisah czer saya, boleh baca di entry yang lain akan datang ye..hehe)

Ya ampun masa dia dudukkan saya mau cucuk ini belakang, memang dah rasa nak lari keluar operation room tu. Masa tu rasa cam nak mati, tak ingat apa dah. Mulut ALLAH ALLAH ALLAH je masa tu tak berhenti - henti. Tapiiiii mama kuat sebab anak mama dalam perut tu. Kalau mama mengalah masa tu, tak kuat dan tak bersemangat. Sape lagi kan.. sangat lain perasaannya bila terpaksa alami keadaan semacam itu.

Ok, saya faham dan sangat - sangat mengerti kesan epidural ni memang berpanjangan. Boleh jadi sepanjang hayat. Cuma kekadang ibu ni senyap kan je daripada suami dan anak - anak takut dorang susah hati. Tapi bila duk sengsorang, akan menangis sekuat hati. Syedih sangat !!

SIAPA YANG DI BERI EPIDURAL

*ibu yang bersalin normal tapi merasa kesakitan yang amat
*ibu cesarean untuk separa sedar
*pembedahan kronik

Tap bagi ibu yang bersalin normal, doc akan tanya dan bagi penerangan dulu kalau ibu mahu @ tidak di cucuk. Selalunya bagi Ibu yang sangat kritikal keadaannya masa tu, pasti dorang akan ia kan saja.

Kesannya?? Pastilah ada.. Allah kesannya sakitnya memang berpanjangan. Rasa macam berdenyut dan ngilu tiba-tiba. Datang tanpa di undang. Masa tu kalau rasa, aiihhhhh kena pandai kontrol nafas la kan untuk tahan sakit tu. Kata orang, bertahun-tahun pom rasa tu masih ada lagi.


KESAN PADA IBU DAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal boleh juga mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.
Ini berlaku ekoran rembesan hormon - hormon seperti adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit. Apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

Ibu-ibu juga akan bernafas dengan pantas disebabkan oleh kesakitan tadi seterusnya mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan alkalosis kepada bayi yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan,

Masalah ini, lebih membahayakan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami masalah jantung.

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya.

Dengan kaedah epidural ini, rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.
Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut.

Ubat bius ini akan dialirkan secara berterusan melalui kateter yang dimasukkan tadi dan kesannya dapat bertahan selama yang diperlukan iaitu sehingga proses kelahiran selesai.

Satu lagi kelebihan pembiusan epidural adalah, ia juga dapat digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan cesarean bagi ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan anak secara normal di mana, ubat yang lebih tinggi dosnya diberikan melalui kateter yang sama. Jadi ibu-ibu tidak perlu diberikan suntikan bius untuk kali kedua.

Selain itu, dengan kaedah epidural, pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu-ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.

Kaedah ini amat digalakkan untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau praeklamsia dan juga penyakit jantung. Sebelum kaedah epidural diberikan, pakar bius akan memastikan tiada halangan atau kontraindikasi untuk kaedah ini contohnya masalah pembekuan darah, infeksi di tempat bius atau dalam darah, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Kesan pembiusan epidural kepada ibu

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan lagi).
Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.


Pening?

Pening boleh berlaku sekiranya cecair spinal terkeluar semasa melakukan epidural iaitu apabila lapisan dura tercucuk oleh jarum epidural.

Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan oleh tekanan cecair dalam otak yang berkurangan.

Ia biasanya pulih dengan sendirinya dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu.

Komplikasi ini dapat dikurangkan sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama yang baik semasa prosedur dijalankan, juga bergantung  kepada kepakaran atau pengalaman doktor yang melakukannya.


Bagi ibu-ibu selepas melakukan proses tersebut, mereka wajib pula melalui proses cucukan cecair yang di panggil heparin ( cair darah agar tidak membeku terhadap kesan epidural tersebut). Jika tidak, bimbang komplikasi teruk yang boleh menyebabkan kemudaratan lain kepada pesakit tersebut.

Ikut pengalaman saya pulak, saya menjalani proses cucuk heparin ni selama 10hari berturut-turut 2kali sehari. Aiyaaaa naik lebam kedua lengan dan paha cik kausar. Sekali dapat nurse yang cucuk tu jenis ganas sikit, berdarah sakan la paha saya. Sakit tak payah cerita, sampai dah fobia dengan jarum sekarang ni ehe.

Takut punya pasal, kausar ambik suplemen dengan konsisten sekali. Saya kena usaha lah pulak kan untuk betulkan balik sel-sel yang dah keriuk- keriuk ni. Taknak la sakit dan merasai kesan yang berpanjangan. Selagi boleh usaha kita usaha. Pulun sampai habis !!



Alhamdulillah cik kausar suka sangat.. luka czer dan kesan yang teruk dapat di atasi. Kalau tak, maunya berdenyut-denyut aje bahagian tulang belakang. Dengan bantuan set pantang premium SHAKLEE

Kausar tau sangat, dekat luar sana sangat lah ramai yang mengalami semacam kausar. Rasa sakitnya kesan dari epidural tersebut. Mesti tak mau lagi sakit-sakit badan berpanjangan. Kita nak sihat kan, tak nak sakit. Kita nak senyum uruskan anak dan suami. Kita nak pakai lama badan ni, bukan sekali tu je.

Founder mysarbeauty, 01126024678
ID NO 1186983
Siti kauthar binti mohamad
Postage Seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment