Wednesday, August 10, 2016

Melancong : Kenapa Perlu Pasang Niat

1 comment    

Seronoknya dapat melancong kan..bukan melencong ye. Sikit je tu lain ejaannya ehe. Alkisahnya kat sini kenapa kita nak kena pasang niat untuk melancong.

Kalau mengikut firasat cik kausar, sebab nakkk sangat sangatttt tengok tempat orang secara REAL. Dengan mata kasar kita sendiri. Mungkin sekarang kita hanya mampu berjalan dalam negara kita sahaja. Tapi sekian waktu nanti kita mampu untuk ke luar negara pulak.

Sambil kita tengok tempat orang, keunikannya dan keletah bangsanya. Detikkan dalam hati tentang kebesaran Allah. Dia yang maha berkuasa mencipta segala sesuatu di muka bumi ini dengan pelbagai keunikan.

Apapun niat jangan di pasang sesaja kengkawan. Niat tu mesti disertai dengan tindakan dan pengurusan kewangan yang teliti. Biar kita juga berpeluang sama..ehe.
Ini hah sedikit tips dari cik kausar untuk korang sekalian alam.

Tips untuk melancong ::

1. Pikir dulu destinasi yang nak tuju bagi pelancongan 1st kita ni..ehe. kalau yang dah berkeluarga banyak la jugak nanti bajetnya. Takpe, jangan risau rezekinya mesti akan ada.

2. Survey destinasi tersebut, tempat mana yang femes untuk kita tuju.

3. Survey harga tiket destinasi awal-awal. Sebolehnya setahun awal.

4. Survey pakej percutian, tapi bagi saya pelancongan bagpacker lebih jimat dan berbaloi-baloi.

5. Bagi bagpacker, survey hotel, motel or kalo pegi reramai boleh sewa homestay. Lagi bajet.

6. Senaraikan barang keperluan untuk di bawa nanti. Awas.. jangan banyak sangat nak angkut baju, terutama orang pompuan macam kita ni hah. Nati penat la ang nak mengangkut ke hulu ke hilir baju banyak².

7. Kalo ke luar negara yang memerlukan visa, letak dalam beg tangan sesiap. Tiket ic pom sekali tau. Segala dokumen lah jawabnya. Nati menangis tak berlagu lah kalo terlupa hehe.

Sekian saja korang..ehe. ini lah lebih kurang ye sayang-sayang semua. Harap-harap lah membantu korang yang ingin melancong.

Jom menabung..ehe.

Tapi ada tawaran lagi best tau. Dapat melancong secara percuma.. sape nak sape nak?? Saya pom nak sangattt

Shaklee memang selalu bagi penghargaan pada ahlinya yang bertungkus lumus dengan trip ke luar dan dalam negara. Bukan itu je tapi pakej umrah pom ada. Semuanya freeeeee of charge hehe.

Your love
kautharmohd


1 comment: